Kurma boleh dimakan segar atau kering, seperti kismis. Orang juga boleh menambahnya kepada pelbagai hidangan manis atau hidangan lain.
Beberapa contoh hidangan yang menggunakan kurma:
- Kurma yang disumbat: Kurma boleh disumbat dengan badam, pecan, krim keju atau pistachio untuk dijadikan snek.
- Salad: Cincang, potong atau keseluruhan kurma yang telah dibuang biji sesuai ditambah kedalam salad.
- Smoothies: Mengisar kurma kedalam smoothie pisang untuk menambah rasa manis semulajadi dengan tambahan nilai nutrisi.
- Stews: Kurma sesuai digunakan dalam masakan Moroccan atau hidangan Tagine.
- Bebola tenaga: Menggabungkan kurma dengan kekacang, kranberi, oat, emping kelapa atau pelbagai ramuan lain untuk membuat bola tenaga tanpa memerlukan ketuhar.
Apabila membeli kurma, kita harus mencari kurma yang berkilat dan tidak pecah.
Kurma boleh disimpan di dalam bekas kedap udara, dan disimpan di dalam peti sejuk selama berbulan-bulan. Kurma akan bertahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk beku. Jika dibekukan, kurma kering akan bertahan selama kira-kira 1 tahun.
Kurma tidak sepatutnya dimakan jika kurma tersebut mempunyai bau masam, sangat keras atau mempunyai gula kristal di permukaannya. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kurma tersebut telah rosak.